05 July 2011

Cuti-cuti Malaysia: Pantai Batu Hitam, Kuantan

Ni la Amalina Nadia a.k.a YAYA
Salam…Entry kali ni En Nakal nak share ngan korunk lagi tntg aktiviti En Nakal kat Kuantan ni..esok nak balik hometown dah..so hari ni En Nakal ada date ngan kawan UPM En Nakal..dia bawak En Nakal bersiar2 kat Kuantan ni..mule2 En Nakal ke umah kawan En Nakal ni dulu…dia dah siap masak lunch tuk En Nakal lagi…nama dia Amalina Nadia..or nama timangan Yaya…Rase segan pulak jumpa parents dia..mcm d interview cari menantu je..opsss…En Nakal yakin dia juga sedang baca entry kali ni..Thanxx weyhhh…  Bnyk aktiviti menarik yang En Nakal buat hari ni..

1)      PANTAI BATU HITAM, KUANTAN
RM2
Ha…Cantik kan pantai ni…Mengikut mitos nya la..nama pantai ni terhasil coz banyk batu2 hitam..tuh mcm dlm gambar…Memang banyk pun..Kat batu2 tuh En Nakal jumpa siput sedut… dan juga kepah…pas posing2 all out..kami ke destinasi seterusnya…. Kat sini En Nakal jumpa lagi sorang kawan UPM En Nakal..Wak nama panggilan..dia yang ajak En Nakal dan kawan ke situ..yang tertarik kat warung kedai tuh…ada satu gerai burger..nama kedai burger ni BURGERMBIRA..dan nama menu2 nya Kreatif..antara yang sempat usya tadi…Burgertar….Burgertah..Burgerciss…Burgermalapan…nice kan..ada lagi..lupa dah..tp mncuba pulak..coz x da mood makn burger petang…nnt kalo berkesempatan t En Nakal cube..

RM2
2)  WARUNG AZIZ SATA
Ha…korunk tahu x SATA tuh apa??En Nakal pun x tahu sebelum ni apa tuh SATA…Mujur ada Yaya..di bawaknya En Nakal makan SATA…Murah je..secucuk ada 6 bungkus dengan harga RM2 sahaja..Rase dia??? Ha..rase dia lebih kurang mcm otak2..tpnya yang ni di buat dari ikan..nice…mmg En Nakal ni suke mencuba makanan pelik2 ni..so cuba la..sedap wookk.. Kalo anda ke Kuantan..jgn lupa singgah makan SATA..k..




3)  KEDAI KEROPOK LEKOR 99
Selepas makan SATA dan juga bungkus sikit…En Nakal singgah pula di kedai jual keropok lekor ni..Beli buah tangan untuk parents dan juga kakak En Nakal…Buah tangan kater org… Tuh gambar hiasan je..bukannya shoping bnyk2 mana2 pun..saja2 tanya2 harga..:-p




Mee Calong @ RM3
4) WARUNG MEE CALONG
Sebelum balik ke homestay…En Nakal singgah sekejap pekena Mee Calong yang terkenal kat kawasan situh…Mmg sedap..tgk sahaja gambarnya..mmg terliur..Harga berpatutan..dan banyk…sebenarnya perut dah kenyang..tp makan jugak coz nak rase..bukan selalu sampai tempat org…Satu hidangan dengan harga RM3 sahaja….

Lepas makan Mee Calong..En Nakal pun balik lah ke homestay semula..Yaya yang hantar…

p/s: Kalau korunk g holiday kat mana2..jgn lepaskan peluang rase makanan2 menarik di tempat orang…k…

1 comment:

yaya said...

sian dow kene interview. biasala org2 tua.. hihi. ok. nice to meet u la kan :)

Renung2kan...