23 December 2009

Kaitan Manusia, Bumi & Kubur....

Bumi yang kita duduki ini, ia seperti berkait rapat dengan alam kubur. Hanya manusia yang tidak peka dalam perkara-perkara yang halus sebegini. Menurut Imam Anas Bin Malik, bumi ini setiap hari menyeru manusia dengan sepeluh panggilan..Bumi ini akan berkata:"

  1. "Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan di atasku, ingatlah tempat kembalimu di dalam perutku"
  2. "Kamu melakukan maksiat dan dosa-dosa di atasku, ingatlah kamu akan diseksa dalam perutku"
  3. "Kamu bergurau senda di ataaku, ingatlah kamu akan menangis dalam perutku"
  4. "Kamu memakan barang haram di atasku, ingatlah cacing akan memakan kamu di dalam perutku"
  5. "Kamu bergembira di atasku, ingatlah kamu akan merasa susah dalam perutku"
  6. "Kamu menggunakan barang-barang haram di atasku, ingatlah kamu akan hancur dalam perutku"
  7. "Kamu bersikap sombong di atasku, ingatlah kamu akan menjadi hina dina dalam perutku"
  8. "Kamu berjalan dengan bersuka-ria di atasku, ingatlah kamu akan merasai kesedihan dalam perutku"
  9. "Kamu berjalan diterangi dengan cahaya di atasku, kamu akan kegelapan dalam perutku"
  10. "Kamu berada dalam keramaian di atasku, ingatlah kamu kan duduk bersendirian dalam perutku"
Petikan ni aku dapat masa aku g solat jumaat minggu lepas..hurm....moga-moga apa yang aku tulis ni kita sama-sama renungkan...Selamat Beramal....

Ni antara gambar-gambar semasa aku menziarahi pusara Arwah abang dan kakak ipar ku..marilah sama-sama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah buat semua umat Islam yang telah meninggal dunia..Al-Fatihah...



Ayah & Ibuku.......



Pusara Arwah abg & kakak ipar ku..Mereka ditanam didalam satu liang lahad...



Ayah ku sedang menuangkan Air Yasin.....


Ini kakak ku.....


Ini anak buah aku...Khairul Mukmin...



No comments:

Renung2kan...